Tuesday, March 29, 2011

BANTUAN UNTUK EKSPORT DATA SMPK

Salam,
Bagi rakan-rakan yang menghadapi sedikit kesukaran untuk eksport data SMPK. Disini saya sertakan link untuk anda muat turun zip component dan cara-cara untuk memasang (installaion guide). diharap link ini boleh membantu, jika masih ada kesukaran anda boleh bawa laptop ke PPD untuk bantuan. Pastikan telefon saya dahulu sebelum ke PPD. link tersebut seperti di bawah:

http://xstandard.com/en/documentation/xzip/#installation


CARA KEDUA YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA SK TAMAN BUKIT SUBANG

Sistem SMPKv1.0Baru
=================

Dimurnikan dalam Mesyuarat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.. dari 2 hingga 4 November 2009.

Perubahan telah dilakukan dari sistem yang dibekalkan dari pihak Bahagian Pendidikan Khas.
Sistem yang telah terubahsuai ini boleh digunakan sehingga sistem yang baru dikeluarkan oleh BPKhas
(yang akan mempunyai kemudahan cetakkan dan rumusan) oleh yang demikian Penyelaras dikehendakki memastikan maklumat di isi
menggunakan sistem ini terlebih dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan dalam Sistem SMPKv1.0Baru??
============================================
1) Pastikan maklumat Sekolah, Lokasi, Guru, Staf, dan Murid diisi selengkapnya bagi tujuan data pengurusan Bahagian Pendidikan Khas 2010
2) Selepas semua maklumat lengkap diisi, anda hanya perlu EKSPORT maklumat menggunakan butang EKSPORT yang disediakan.
3) Cuma EKSPORT maklumat satu sekolah iaitu sekolah anda. (ikut arahan A)
4) Apabila sistem baru dikeluarkan oleh BPKhas, anda cuma perlu Import dari file .zip hasil eksport di langkah 3
5) Anda boleh menghantar 2 jenis format sekiranya diminta untuk menghantar DATA SMPKv1.0Baru.
    Format Access ( .mdb) yang mengandungi maklumat yang diisi oleh sekolah
    Format Folder (SMPK.zip) yang mengandungi 16 file .txt yang mana setiap file mempunyai perkataan Eksp pada awal nama file..
6) Data boleh dimasukkan kedalam CD dengan menggunakan utility Nero Burner / Write on CD dalam Windows XP
    Data juga boleh dihantar melalui email dengan hanya menghantarkan file SMPK.zip sahaja
7) Sekiranya anda masih mempunyai masalah sila berhubung dengan guru data sekolah / mana-mana guru yang mempunyai kemahiran
dalam bidang ini.


ARAHAN A : Apa yang perlu anda lakukan sebelum anda boleh melakukan export dan import??
====================================================================
1) Copy file XZip.dll yang dibekalkan
2) Paste dalam folder C:\WINDOWS
3) Double click pada runZip
4) akan keluar satu prom window dan popup RegSvr32 menyatakan
    DllRegisterServer in C:\WINDOWS\xzip.dll succeeded.
5) Klik OK
6) Kini Sistem SMPKv1.0BAru boleh export dan import, tanpa keluar DEBUG

Terima kasih kepada Pegawai dari BPKhas kerana memberi kebenaran untuk memurnikan sistem ini.
Sebarang masalah atau cadangan sila email kepada :

admin@spe-ed.net
BOLEH MUAT TURUN XZIP.DLL DARIPADA LINK DIBAWAH:

http://www.mediafire.com/?4gw99tskpbnhu07


Sekian terima kasih

En. Azuar

Monday, March 28, 2011

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA KALI KE -2 2011

Dimaklumkan mesyuarat Panitia Pendidikan Khas kali ke -2 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Mac 2011

Hari : Khamis

Masa: 8.30 pagi

Tempat : SMK Puchong Utama 1


Surat menyurat akan menyusul, harap mendapat makluman dan sebarkan kepada semua rakan PPKI yang lain

Terima kasih,

En. Sharuazuar bin Yusoff

KUTIPAN DATA OPERASI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS BERAKHIR 31 MAC

Salam,

Kutipan data operasi pendidikan khas integrasi (PPKI), Data SMPK dan data EMK berakhir 31 Mac 2011 sedang berlangsung. Tuan/puan dikehendaki memuat turun borang tersebut melalui link di bawah. Surat menyurat akan menyusul. Data tersebut terdiri daripada 5 bahagian:

1. Data Bilangan Kelas dan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

2. Data Perjawatan Guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi

3. Senarai Nama Guru dan PPM.

4. Data Elaun Murid Khas (EMK), * data EMK ini bagi murid yang masuk selepas kutipada 31 Januari 2011 yang lepas dan maklumat murid Aliran Perdana yang belum diberi pada kutipan lepas.

5. Data SMPK. * data SMPK perlu diisi dan untuk penghantaran perlu gunakan fungsi eksport dalam bentuk zip fail. jika ada masalah boleh menghubungi En. Azuar atau boleh datang ke PPD untuk mendapat bantuan.

Data yang lengkap hendaklah dihantar terus sebelum atau pada 31 Mac 2011. Cara penghantaran:

1. Bercetak, disahkan oleh pentadbir dan ada surat iringan.( penghantaran boleh dibuat selepas 31 Mac - 10 April 2011) tarikh pada surat 29 Mac 2011 dan dihantar terus kepada En. Azuar.

2. Soft copy; dalam bentuk email dan dihantar terus kepada email azuarppki@yahoo.com dan perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2011.

Sekian harap maklum, sebarang masalah sila hubungi 014-8315318, saya sedia membantu.


Monday, March 21, 2011

MEMOHON BILANGAN MURID YANG MEMPUNYAI KECACATAN FIZIKAL SERTA MURID YANG MENGGUNAKAN KERUSI BERODA

Adalah dimaklumkan, menurut surat KPM.BPKHAS.200-3/1/6 bertarikh 2 MAC 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sangat perihatin terhadap keperluan pendidikan murid-murid yang mempunyai kecacatan fizikal serta memerlukan penggunaan kerusi beroda di sekolah. Dalam RMK10, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk membina kemudahan fizikal mesra Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan keperluan dan kesesuaian kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu , mohon pihak tuan memberi maklumlabals kepada Unit Pendidikan khas PPD Petaling Perdana maklumat murid tersebut. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
1. Nama sekolah;
2. Nama Murid
3. Darjah/tingkatan

Maklumat tersebut boleh diemail terus kepada En. Sharuazuar bin Yusoff ( azuarppki@yahoo.com ) segera sebelum 25 Mac 2011. kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan.

Terima kasih


Monday, March 7, 2011

PEKELILING PERBENDAHARAAN BERKAITAN PCG

Salam,

Tuan/puan boleh menyemak pekeliling Perbendaharaan ini jika ada sebarang kemusykilan berkenaan Pembayaran PCG, Sila klik link di bawah:


Terima kasih