Sunday, May 22, 2011

PERMOHONAN DATA MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS (OKU) YANG LAYAK MENERIMA ELAUN (EMK) TAHUN 2011 (JANUARI HINGGA 31 MAC 2011)

Kepada,

Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC/SJKT
Daerah Petaling Perdana

PERMOHONAN DATA MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS (OKU) YANG LAYAK MENERIMA ELAUN (EMK) TAHUN 2011 (JANUARI HINGGA 31 MAC 2011)

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan data maklumat murid berkeperluan khas (OKU) dari setiap Jabatan Pelajaran Negeri dari bulan Januari hingga 31 Mac 2011 bagi tujuan penyelarasan bayaran elaun tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, data maklumat berkaitan perlu dilengkapkan mengikut format yang disediakan seperti lampiran. Maklumat murid perlu diasingkan mengikut data yang telah dihantar ke jabatan untuk Fasa 1 dan maklumat murid terkini untuk Fasa 2. Sila kembalikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana selewat-lewatnya pada 26 Mei 2011 ( Khamis) dalam bentuk email dan "hard copy".

* KUTIPAN SEMULA INI PERLU KERANA TERDAPAT PERTAMBAHAN DUA (2) MAKLUMAT DI DALAM BORANG ASAL IAITU: NAMA PENJAGA DAN KP UTAMA PENJAGA.

*  SENARAI NAMA FASA 1 ( DARI TARIKH 1 JANUARI - 31 JANUARI 2011)

* SENARAI NAMA FASA 2 ( DARI TARIKH 1 FEBRUARI - 31 MAC 2011 )

* DATA INI BAGI MAKLUMAT MURID OKU DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAN ALIRAN PERDANA

* ALIRAN PERDANA TINDAKAN OLEH PK HEM MANAKALA PPKI OLEH GPK PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT:

1. Muat turun Borang EMK format baru 2011 daripada link yang di sediakan di bawah.( untuk perhatian: wajib menggunakan borang ini)

2. Buat pengisian maklumat EMK. ( pastikan maklumat bank, dan lain2 lengkap)

3. Asingkan maklumat Murid Fasa 1 dan Fasa 2. ( buat 2 fail berasingan)

4. Terus email soft copy terus ke email: azuarppki@yahoo.com sebelum Khamis 26 Mei 2011

5. Untuk "hard copy" boleh dihantar kemudian beserta surat iringan sekolah.

6. Bagi yang belum menyerahkan salinan hard copy dokumen berkaitan seperti buku bank, kad pengenalan, kad OKU boleh menyerahkan kemudian kepada PPD.

Kerjasama tuan amat diperlukan untuk melicinkan pembayaran Elaun Murid Khas bagi Murid OKU di Program Pendidikan Khas dan Aliran Perdana disekolah tuan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Azuar 014-8315318


Sekian Terima kasih

SHARUAZUAR BIN YUSOFF
Pen. PPD Unit pendidikan Khas
PPD Petaling Perdana

Monday, May 9, 2011

 Salam..

Minta kerjasama daripada tuan/puan untuk membuat pengisian maklumat terkini kedudukan bilangan guru, kelas dan PPM. Maklumat ini untuk tujuan analisa lebihan dan keperluan perjawatan semasa di sekolah. Maklumat ini bagi tujuan pergerakan Guru dan PPM di dalam Daerah. Untuk Mengisi maklumat sila klik link dibawah: Maklumat ini perlu diisi sebelum atau pada 12 Mei 2011.


BORANG LEBIHAN DAN KURANGAN GURU&PPM


Bagi memudahkan pengiraan norma perjawatan saya lampirkan jadual pengiraan seperti di bawah. jadual ini adalah rujukan daripada Bahagian Sumber Manusia KPM.  
 
CARA PENGIRAAN NORMA PERJAWATAN.

1. Untuk pengiraan Norma Perjawatan guru

   1.5n dimana n=bilangan kelas pendidikan khas


2. Untuk Pengiraan PPM