Sunday, July 10, 2011

INSTRUMEN PENGESANAN LINUS PENDIDIKAN KHAS 2011

Salam,
Sebagaimana Taklimat di Pusat Latihan Sk. Shah Alam, bersama ini saya sertakan link untuk muat turun . 


1. BAHAN TAKLIMAT LINUS PENDIDIKAN KHAS 2011


2. LINUS PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

3. LINUS PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Sekian terima kasih, segala pertanyaan boleh menghubungi En. Sharuazuar Bin Yusoff di talian 014-8315318

Monday, June 20, 2011

KUTIPAN DATA OPERASI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS BERAKHIR 30 JUN 2011

Salam,

Kutipan data operasi pendidikan khas integrasi (PPKI), Data SMPK dan data EMK berakhir 30 JUN 2011 sedang berlangsung. Tuan/puan dikehendaki memuat turun borang tersebut melalui link di bawah. Surat menyurat akan menyusul. Data tersebut terdiri daripada 5 bahagian:

1. Data Bilangan Kelas dan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

2. Data Perjawatan Guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi

3. Senarai Nama Guru dan PPM.

4. Data Elaun Murid Khas (EMK), * data EMK ini bagi murid yang masuk selepas kutipada 31 MAC 2011 yang lepas dan maklumat murid Aliran Perdana yang belum diberi pada kutipan lepas.

5. Data SMPK.

Data yang lengkap hendaklah dihantar terus sebelum atau pada 30 JUN 2011. Cara penghantaran:

1. Bercetak, disahkan oleh pentadbir dan ada surat iringan.

2. Soft copy; dalam bentuk email dan dihantar terus kepada email azuarppki@yahoo.com dan perlu dihantar sebelum atau pada 30 JUN 2011.

Sekian harap maklum, sebarang masalah sila hubungi 014-8315318, saya sedia membantu.

Sunday, May 22, 2011

PERMOHONAN DATA MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS (OKU) YANG LAYAK MENERIMA ELAUN (EMK) TAHUN 2011 (JANUARI HINGGA 31 MAC 2011)

Kepada,

Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC/SJKT
Daerah Petaling Perdana

PERMOHONAN DATA MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS (OKU) YANG LAYAK MENERIMA ELAUN (EMK) TAHUN 2011 (JANUARI HINGGA 31 MAC 2011)

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan data maklumat murid berkeperluan khas (OKU) dari setiap Jabatan Pelajaran Negeri dari bulan Januari hingga 31 Mac 2011 bagi tujuan penyelarasan bayaran elaun tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, data maklumat berkaitan perlu dilengkapkan mengikut format yang disediakan seperti lampiran. Maklumat murid perlu diasingkan mengikut data yang telah dihantar ke jabatan untuk Fasa 1 dan maklumat murid terkini untuk Fasa 2. Sila kembalikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana selewat-lewatnya pada 26 Mei 2011 ( Khamis) dalam bentuk email dan "hard copy".

* KUTIPAN SEMULA INI PERLU KERANA TERDAPAT PERTAMBAHAN DUA (2) MAKLUMAT DI DALAM BORANG ASAL IAITU: NAMA PENJAGA DAN KP UTAMA PENJAGA.

*  SENARAI NAMA FASA 1 ( DARI TARIKH 1 JANUARI - 31 JANUARI 2011)

* SENARAI NAMA FASA 2 ( DARI TARIKH 1 FEBRUARI - 31 MAC 2011 )

* DATA INI BAGI MAKLUMAT MURID OKU DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAN ALIRAN PERDANA

* ALIRAN PERDANA TINDAKAN OLEH PK HEM MANAKALA PPKI OLEH GPK PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT:

1. Muat turun Borang EMK format baru 2011 daripada link yang di sediakan di bawah.( untuk perhatian: wajib menggunakan borang ini)

2. Buat pengisian maklumat EMK. ( pastikan maklumat bank, dan lain2 lengkap)

3. Asingkan maklumat Murid Fasa 1 dan Fasa 2. ( buat 2 fail berasingan)

4. Terus email soft copy terus ke email: azuarppki@yahoo.com sebelum Khamis 26 Mei 2011

5. Untuk "hard copy" boleh dihantar kemudian beserta surat iringan sekolah.

6. Bagi yang belum menyerahkan salinan hard copy dokumen berkaitan seperti buku bank, kad pengenalan, kad OKU boleh menyerahkan kemudian kepada PPD.

Kerjasama tuan amat diperlukan untuk melicinkan pembayaran Elaun Murid Khas bagi Murid OKU di Program Pendidikan Khas dan Aliran Perdana disekolah tuan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Azuar 014-8315318


Sekian Terima kasih

SHARUAZUAR BIN YUSOFF
Pen. PPD Unit pendidikan Khas
PPD Petaling Perdana

Monday, May 9, 2011

 Salam..

Minta kerjasama daripada tuan/puan untuk membuat pengisian maklumat terkini kedudukan bilangan guru, kelas dan PPM. Maklumat ini untuk tujuan analisa lebihan dan keperluan perjawatan semasa di sekolah. Maklumat ini bagi tujuan pergerakan Guru dan PPM di dalam Daerah. Untuk Mengisi maklumat sila klik link dibawah: Maklumat ini perlu diisi sebelum atau pada 12 Mei 2011.


BORANG LEBIHAN DAN KURANGAN GURU&PPM


Bagi memudahkan pengiraan norma perjawatan saya lampirkan jadual pengiraan seperti di bawah. jadual ini adalah rujukan daripada Bahagian Sumber Manusia KPM.  
 
CARA PENGIRAAN NORMA PERJAWATAN.

1. Untuk pengiraan Norma Perjawatan guru

   1.5n dimana n=bilangan kelas pendidikan khas


2. Untuk Pengiraan PPM

Thursday, April 14, 2011

INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ( LINUS TEGAR )

Bersama ini dilampirkan dokumen berkaitan Instrumen Pengesanan Murid Berkeperluan Khas untuk dimuat turun oleh Guru Pemulihan yang ada murid LINUS tegar di sekolah masing-masing.

1. Instrumen Pengesanan

2. Manual Instrumen Pengesanan
 

3. Data LINUS Tegar

4. Powerpoint penerangan



Keputusan Saringan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam bentuk Ms Excell menggunakan  Data LINUS Tegar terus kepada email En. Sharuazuar bin yusoff. pada atau sebelum 23 April 2011.
Sila rujuk manual instrumen pengesanan untuk tatacara pengesanan yang lebih lanjut.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Sharuazuar bin Yusoff. di talian 014-8315318.


azuarppki@yahoo.com



Terima kasih

Monday, April 11, 2011

MEMOHON MAKLUMAT MURID YANG MENGIKUTI PENDIDIKAN INKLUSIF

Salam,

Dengan segala hormatnya saya ingin memohon maklumat murid yang mengikuti Pendidikan Inklusif di PPKI sekolah masing-masing. Maklumat ini diperlukan oleh Bahagaina Pendidikan Khas KPM dan perlu diserahkan sebelum 14 April 2011.

Dipohon tuan/puan membuat pengisian secara online melalui borang yang boleh diakses melalui link di bawah:


http://creator.zoho.com/praskseafield/murid-inklusif/#Form:MAKLUMAT_MURID_INKLUSIF_PPKI


Jika ada masalah pengisian boleh minta bantuan guru data atau boleh menghubungi En. Sharuazuar bin Yusoff ditalian 014-8315318.

Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN & TINDAKAN KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN KHAS PANITIA DAERAH PETALING PERDANA 2011 SERTA PENGURUSAN DATA PPKI


 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, datin/tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh             : 13 April 2011
Hari                 : Rabu
Masa               : 8.30 pagi
Tempat           : SMK Puchong Utama (1)

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1          Ucapan Pengerusi
3.2          Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana
3.3          Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana kali ke-2
3.4          Perkara berbangkit (jika ada)
3.5          Pembentangan Kertas Kerja Karnival Sukan Pendidikan Khas 2011
3.6          Perbincangan Pengurusan dan Tindakan Aktiviti Karnival
3.7          Taklimat Pengurusan Data
3.8          Hal-hal lain
*Guru data perlu membawa Komputer Riba

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak datin/tuan/puan seterusnya. Terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




( SHAMSUL AZHA BIN MD YUSUF )
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana

Wednesday, April 6, 2011

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN PEMBAYARAN ELAUN TANGGUNGJAWAB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG MENJALANKAN TUGAS TAMBAHAN.

Salam,

Kepada semua GPK Pendidikan Khas yang dimaklumkan tentang pemberhentian pembayaran Elaun Tanggungjawab dikehendaki merujuk Pembantu Tadbir. Prosedur pemulangan balik elaun dan urusan pemberhentian elaun perlu merujuk Pembantu Tadbir sekolah masing-masing, Pembantu Tadbir sekolah akan panjangkan masalah tuan puan kepada Unit perkhidmatan  dan Unit Kewangan PPD. Sekian harap maklum.

Terima Kasih

En. Azuar

MAKLUMAN DATA OPERASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS, DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS 31 MAC 2011

Salam,

Minta sekolah yang belum membuat penghantaran Data Operasi PPKI 31 Mac dalam bentuk hard copy (surat dan cetakan) ke PPD..Minta berbuat demikian sebelum Jumaat 8 APRIL 2011. Data tersebuat perlu dierahkan kepada Sektor Pendidikan Khas JPS segera. Minta berbanyak kerjasama.

Terima Kasih

En. Azuar

Tuesday, March 29, 2011

BANTUAN UNTUK EKSPORT DATA SMPK

Salam,
Bagi rakan-rakan yang menghadapi sedikit kesukaran untuk eksport data SMPK. Disini saya sertakan link untuk anda muat turun zip component dan cara-cara untuk memasang (installaion guide). diharap link ini boleh membantu, jika masih ada kesukaran anda boleh bawa laptop ke PPD untuk bantuan. Pastikan telefon saya dahulu sebelum ke PPD. link tersebut seperti di bawah:

http://xstandard.com/en/documentation/xzip/#installation


CARA KEDUA YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA SK TAMAN BUKIT SUBANG

Sistem SMPKv1.0Baru
=================

Dimurnikan dalam Mesyuarat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.. dari 2 hingga 4 November 2009.

Perubahan telah dilakukan dari sistem yang dibekalkan dari pihak Bahagian Pendidikan Khas.
Sistem yang telah terubahsuai ini boleh digunakan sehingga sistem yang baru dikeluarkan oleh BPKhas
(yang akan mempunyai kemudahan cetakkan dan rumusan) oleh yang demikian Penyelaras dikehendakki memastikan maklumat di isi
menggunakan sistem ini terlebih dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan dalam Sistem SMPKv1.0Baru??
============================================
1) Pastikan maklumat Sekolah, Lokasi, Guru, Staf, dan Murid diisi selengkapnya bagi tujuan data pengurusan Bahagian Pendidikan Khas 2010
2) Selepas semua maklumat lengkap diisi, anda hanya perlu EKSPORT maklumat menggunakan butang EKSPORT yang disediakan.
3) Cuma EKSPORT maklumat satu sekolah iaitu sekolah anda. (ikut arahan A)
4) Apabila sistem baru dikeluarkan oleh BPKhas, anda cuma perlu Import dari file .zip hasil eksport di langkah 3
5) Anda boleh menghantar 2 jenis format sekiranya diminta untuk menghantar DATA SMPKv1.0Baru.
    Format Access ( .mdb) yang mengandungi maklumat yang diisi oleh sekolah
    Format Folder (SMPK.zip) yang mengandungi 16 file .txt yang mana setiap file mempunyai perkataan Eksp pada awal nama file..
6) Data boleh dimasukkan kedalam CD dengan menggunakan utility Nero Burner / Write on CD dalam Windows XP
    Data juga boleh dihantar melalui email dengan hanya menghantarkan file SMPK.zip sahaja
7) Sekiranya anda masih mempunyai masalah sila berhubung dengan guru data sekolah / mana-mana guru yang mempunyai kemahiran
dalam bidang ini.


ARAHAN A : Apa yang perlu anda lakukan sebelum anda boleh melakukan export dan import??
====================================================================
1) Copy file XZip.dll yang dibekalkan
2) Paste dalam folder C:\WINDOWS
3) Double click pada runZip
4) akan keluar satu prom window dan popup RegSvr32 menyatakan
    DllRegisterServer in C:\WINDOWS\xzip.dll succeeded.
5) Klik OK
6) Kini Sistem SMPKv1.0BAru boleh export dan import, tanpa keluar DEBUG

Terima kasih kepada Pegawai dari BPKhas kerana memberi kebenaran untuk memurnikan sistem ini.
Sebarang masalah atau cadangan sila email kepada :

admin@spe-ed.net
BOLEH MUAT TURUN XZIP.DLL DARIPADA LINK DIBAWAH:

http://www.mediafire.com/?4gw99tskpbnhu07


Sekian terima kasih

En. Azuar

Monday, March 28, 2011

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA KALI KE -2 2011

Dimaklumkan mesyuarat Panitia Pendidikan Khas kali ke -2 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Mac 2011

Hari : Khamis

Masa: 8.30 pagi

Tempat : SMK Puchong Utama 1


Surat menyurat akan menyusul, harap mendapat makluman dan sebarkan kepada semua rakan PPKI yang lain

Terima kasih,

En. Sharuazuar bin Yusoff

KUTIPAN DATA OPERASI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS BERAKHIR 31 MAC

Salam,

Kutipan data operasi pendidikan khas integrasi (PPKI), Data SMPK dan data EMK berakhir 31 Mac 2011 sedang berlangsung. Tuan/puan dikehendaki memuat turun borang tersebut melalui link di bawah. Surat menyurat akan menyusul. Data tersebut terdiri daripada 5 bahagian:

1. Data Bilangan Kelas dan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

2. Data Perjawatan Guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi

3. Senarai Nama Guru dan PPM.

4. Data Elaun Murid Khas (EMK), * data EMK ini bagi murid yang masuk selepas kutipada 31 Januari 2011 yang lepas dan maklumat murid Aliran Perdana yang belum diberi pada kutipan lepas.

5. Data SMPK. * data SMPK perlu diisi dan untuk penghantaran perlu gunakan fungsi eksport dalam bentuk zip fail. jika ada masalah boleh menghubungi En. Azuar atau boleh datang ke PPD untuk mendapat bantuan.

Data yang lengkap hendaklah dihantar terus sebelum atau pada 31 Mac 2011. Cara penghantaran:

1. Bercetak, disahkan oleh pentadbir dan ada surat iringan.( penghantaran boleh dibuat selepas 31 Mac - 10 April 2011) tarikh pada surat 29 Mac 2011 dan dihantar terus kepada En. Azuar.

2. Soft copy; dalam bentuk email dan dihantar terus kepada email azuarppki@yahoo.com dan perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2011.

Sekian harap maklum, sebarang masalah sila hubungi 014-8315318, saya sedia membantu.


Monday, March 21, 2011

MEMOHON BILANGAN MURID YANG MEMPUNYAI KECACATAN FIZIKAL SERTA MURID YANG MENGGUNAKAN KERUSI BERODA

Adalah dimaklumkan, menurut surat KPM.BPKHAS.200-3/1/6 bertarikh 2 MAC 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sangat perihatin terhadap keperluan pendidikan murid-murid yang mempunyai kecacatan fizikal serta memerlukan penggunaan kerusi beroda di sekolah. Dalam RMK10, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk membina kemudahan fizikal mesra Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan keperluan dan kesesuaian kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu , mohon pihak tuan memberi maklumlabals kepada Unit Pendidikan khas PPD Petaling Perdana maklumat murid tersebut. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
1. Nama sekolah;
2. Nama Murid
3. Darjah/tingkatan

Maklumat tersebut boleh diemail terus kepada En. Sharuazuar bin Yusoff ( azuarppki@yahoo.com ) segera sebelum 25 Mac 2011. kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan.

Terima kasih


Monday, March 7, 2011

PEKELILING PERBENDAHARAAN BERKAITAN PCG

Salam,

Tuan/puan boleh menyemak pekeliling Perbendaharaan ini jika ada sebarang kemusykilan berkenaan Pembayaran PCG, Sila klik link di bawah:


Terima kasih

Thursday, February 17, 2011

PENGISIAN MAKLUMAT DALAM SISTEM EMISONLINE

Salam,.

Makluman kepada semua Penyelaras PPKI Sekolah Menengah / Sekolah Kebangsaan. Pengisian Data Emisonline untuk login Penyelaras PPKI telah boleh dilaksanakan. Semua data perlu diisi dan dikemaskini sebelum 23 Februari 2011. Mesyuarat Penyelarasan Jabatan Pelajaran Selangor akan diadakan pada 23 Februari 2011. Pohon Penyelaras dapat mengisi dan mengemaskini data emisonline melalui laman web emisonline seperti di bawah:


Manual dan login boleh download manual di bawah:

1. login penyelaras


2. Manual Pengisian Emisonline


Sekian, Terima Kasih

Wednesday, February 9, 2011

PENGUMPULAM DATA PENDIDIKAN KHAS BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERAKHIR JANUARI 2011

BERIKUT DISERTAKAN MANUAL BAGI LOGIN GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS PPKI. LOGIN ID INI ADALAH UNTUK TUJUAN PENGEMASKINIAN DATA PENDIDIKAN KHAS DIDALAM EMIS ONLINE. UNTUK MUAT TURUN MANUAL TERSEBUT SILA KLIK LINK DI BAWAH:

Saturday, January 15, 2011

SALAM SEJAHTERA

SALAM SEJAHTERA

Blog ini diharapkan dapat menjadi suatu alat untuk warga PPKI PPD Petaling Petaling Perdana mendapat sumber maklumat dan berkongsi idea.
Bagi pihak pengurusan di PPD, dengan kemunculan blog ini akan dapat mempercepatkan lagi saluran maklumat kepada semua GPK, penyelaras dan guru-guru PPKI di Daerah Petaling Perdana.

Sekian terima kasih

En. Sharuazuar bin Yusoff
Pen. PPD Pendidikan Khas/ Swasta
PPD Petaling Perdana