Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN & TINDAKAN KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN KHAS PANITIA DAERAH PETALING PERDANA 2011 SERTA PENGURUSAN DATA PPKI


 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, datin/tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh             : 13 April 2011
Hari                 : Rabu
Masa               : 8.30 pagi
Tempat           : SMK Puchong Utama (1)

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1          Ucapan Pengerusi
3.2          Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana
3.3          Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana kali ke-2
3.4          Perkara berbangkit (jika ada)
3.5          Pembentangan Kertas Kerja Karnival Sukan Pendidikan Khas 2011
3.6          Perbincangan Pengurusan dan Tindakan Aktiviti Karnival
3.7          Taklimat Pengurusan Data
3.8          Hal-hal lain
*Guru data perlu membawa Komputer Riba

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak datin/tuan/puan seterusnya. Terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




( SHAMSUL AZHA BIN MD YUSUF )
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana

Wednesday, April 6, 2011

PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN PEMBAYARAN ELAUN TANGGUNGJAWAB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG MENJALANKAN TUGAS TAMBAHAN.

Salam,

Kepada semua GPK Pendidikan Khas yang dimaklumkan tentang pemberhentian pembayaran Elaun Tanggungjawab dikehendaki merujuk Pembantu Tadbir. Prosedur pemulangan balik elaun dan urusan pemberhentian elaun perlu merujuk Pembantu Tadbir sekolah masing-masing, Pembantu Tadbir sekolah akan panjangkan masalah tuan puan kepada Unit perkhidmatan  dan Unit Kewangan PPD. Sekian harap maklum.

Terima Kasih

En. Azuar

MAKLUMAN DATA OPERASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS, DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS 31 MAC 2011

Salam,

Minta sekolah yang belum membuat penghantaran Data Operasi PPKI 31 Mac dalam bentuk hard copy (surat dan cetakan) ke PPD..Minta berbuat demikian sebelum Jumaat 8 APRIL 2011. Data tersebuat perlu dierahkan kepada Sektor Pendidikan Khas JPS segera. Minta berbanyak kerjasama.

Terima Kasih

En. Azuar