Monday, March 28, 2011

KUTIPAN DATA OPERASI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), DATA SMPK DAN DATA ELAUN MURID KHAS BERAKHIR 31 MAC

Salam,

Kutipan data operasi pendidikan khas integrasi (PPKI), Data SMPK dan data EMK berakhir 31 Mac 2011 sedang berlangsung. Tuan/puan dikehendaki memuat turun borang tersebut melalui link di bawah. Surat menyurat akan menyusul. Data tersebut terdiri daripada 5 bahagian:

1. Data Bilangan Kelas dan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

2. Data Perjawatan Guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi

3. Senarai Nama Guru dan PPM.

4. Data Elaun Murid Khas (EMK), * data EMK ini bagi murid yang masuk selepas kutipada 31 Januari 2011 yang lepas dan maklumat murid Aliran Perdana yang belum diberi pada kutipan lepas.

5. Data SMPK. * data SMPK perlu diisi dan untuk penghantaran perlu gunakan fungsi eksport dalam bentuk zip fail. jika ada masalah boleh menghubungi En. Azuar atau boleh datang ke PPD untuk mendapat bantuan.

Data yang lengkap hendaklah dihantar terus sebelum atau pada 31 Mac 2011. Cara penghantaran:

1. Bercetak, disahkan oleh pentadbir dan ada surat iringan.( penghantaran boleh dibuat selepas 31 Mac - 10 April 2011) tarikh pada surat 29 Mac 2011 dan dihantar terus kepada En. Azuar.

2. Soft copy; dalam bentuk email dan dihantar terus kepada email azuarppki@yahoo.com dan perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2011.

Sekian harap maklum, sebarang masalah sila hubungi 014-8315318, saya sedia membantu.


No comments:

Post a Comment