Monday, March 21, 2011

MEMOHON BILANGAN MURID YANG MEMPUNYAI KECACATAN FIZIKAL SERTA MURID YANG MENGGUNAKAN KERUSI BERODA

Adalah dimaklumkan, menurut surat KPM.BPKHAS.200-3/1/6 bertarikh 2 MAC 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sangat perihatin terhadap keperluan pendidikan murid-murid yang mempunyai kecacatan fizikal serta memerlukan penggunaan kerusi beroda di sekolah. Dalam RMK10, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk membina kemudahan fizikal mesra Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan keperluan dan kesesuaian kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu , mohon pihak tuan memberi maklumlabals kepada Unit Pendidikan khas PPD Petaling Perdana maklumat murid tersebut. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
1. Nama sekolah;
2. Nama Murid
3. Darjah/tingkatan

Maklumat tersebut boleh diemail terus kepada En. Sharuazuar bin Yusoff ( azuarppki@yahoo.com ) segera sebelum 25 Mac 2011. kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan.

Terima kasih


No comments:

Post a Comment